Penghidap Ulseratif Kolitis berisiko hidap Kanser Kolon
Kolitis ulseratif adalah penyakit yang menyebabkan keradangan dan luka pada lapisan usus besar atau usus. Masalah ini biasanya akan mempengaruhi bahagian bawah usus dan rektum. Tetapi ia juga mampu mempengaruhi seluruh usus besar.
Secara umumnya, semakin banyak usus yang terkena, semakin banyak gejala-gejala akan berlaku. Kolitis ulseratif boleh berlaku pada setiap peringkat umur. Namun begitu kebanyakan pesakit yang menghidapnya didiagnosis sebelum 30 tahun.
Pakar perubatan tidak pasti akan penyebab penyakit ini. Ada yang berpendapat ia mungkin disebabkan oleh sistem kekebalan tubuh memberi reaksi berlebihan terhadap bakteria normal dalam saluran pencernaan. Ada juga yang berpendapat terdapat jenis bakteria dan virus lain yang dapat menyebabkan penyakit ini.
Kolitis ulseratif tidak disebabkan stres atau tekanan. Tetapi jika seseorang itu memiliki kolitis ulseratif, maka stres boleh membuatnya lebih teruk. Anda mungkin akan mengalaminya jika terdapat ahli keluarga yang menghidapinya.
Gejala-gejala
- Sakit atau rasa kejang pada perut
- Cirit-birit atau rasa kuat untuk buang air besar
- Pendarahan dari dubur
Bagi sesetengah kes, ada juga penghidap yang mengalami demam. Mereka mungkin juga akan berasa tidak lapar dan berat badan akan berkurangan. Dalam kes yang lebih teruk, penghidapnya mungkin cirit birit teruk sehingga berlanjutan sehingga 10 hingga 20 kali sehari.
Kolitis ulseratif juga boleh menyebabkan masalah lain seperti sakit sendi, masalah gejala atau penyakit hati. Namun begitu, gejala-gejala ini lebih sering berlaku pada pesakit yang memiliki penyakit Chron.
Pada kebanyakan pesakit, gejala-gejala akan datang dan pergi. Ada pesakit yang tidak mengalami gejala-gejala selama berbulan atau bertahun. Kemudian pesakit ini akan mengalami perasaan mengembang secara tiba-tiba.
Penyakit ini juga boleh membawa kepada masalah yang lebih serius. Ia boleh menyebabkan parut pada duktus hempedu. Keadaan ini boleh membawa kepada kerosakan hati. Dalam kes yang jarang berlaku, penyakit yang serius boleh menyebabkan usus atau kolon membesar daripada saiz normal. Jika inilah yang berlaku, ia boleh membawa maut dan memerlukan rawatan kecemasan.
Pesakit yang menghidap kolitis ulseratif selama 8 tahun atau lebih berisiko besar untuk mendapat kanser kolon. Berbincanglah dengan doktor untuk mengadakan ujian penyaringan kanser.
Diagnosis dan Ujian
Kebiasaannya doktor akan bertanya tentang gejala-gejala yang dialami. Doktor juga akan melakukan pemeriksaan fizikal dan melakukan ujian ke atas pesakit. Ia untuk memastikan doktor dapat membezakan antara gejala-gejala untuk masalah penyakit seperti Chron, sindrom usus rengsa atau diverticulitis.
Ujian-ujian yang dilakukan termasuklah:
1) Koloskopi
Doktor akan menggunakan alat nipis dan ringan yang dimasukkan kedalam kolon bagi melihat keseluruhan kolon. Pada masa yang sama, doktor juga akan mengambil sampel biopsi dari dalam lapisan kolon.
2) X-ray bahagian perut bagi menunjukkan keadaan kolon.
3) Ujian darah yang dilakukan bagi mengesan jangkitan atau keradangan.
4) Ujian sampel najis bagi mengesan darah, jangkitan dan sel-sel darah putih.
Rawatan yang boleh dipertimbangkan
Kesan Kolitis ulseratif berbeza kepada pesakitnya. Selalunya doktor akan membantu pesakit mencari rawatan yang boleh mengurangkan gejala-gejala dan membantu mengelakkan rasa mengembang. Jika gejala-gejala adalah sederhana, pesakit hanya memerlukan ubat yang boleh dimakan seperti ubat untuk cirit-birit.
Doktor akan memberi ubat bagi mengurangkan keradangan seperti:
- Ubat steroid – ubat ini dikatakan boleh membantu mengurangkan atau menghentikan gejala-gejala. Ubat ini hanya digunakan untuk tempoh masa yang pendek kerana ia boleh menyebabkan kesan sampingan seperti osteoporosis.
- Aminosalicylates – ubat ini boleh digunakan bagi mengurangkan atau menghentikan gejala-gejala. Selepas gejala-gejala dikawal, ubat ini boleh diambil bagi mengelak rasa mengembang.
- Ubat bagi mengawal sistem imun – diperlukan jika penyakit yang dialami adalah teruk.
Jika gejala-gejala yang berlaku serius dan ubatan tidak boleh membantu, berkemungkinan besar anda perlu melakukan pembedahan bagi membuang sebahagian atau semua kolon. Membuang keseluruhan kolon dapat menyembuhkan Kolitis ulseratif. Ia juga boleh mencegah kanser kolon. Tetapi terdapat risiko serius yang perlu dihadapi.
Kesan
Ulseratif kolitis mampu menyukarkan kehidupan penghidapnya. Kekerapan untuk ke bilik air bila mana penyakit ini menyerang dan stress menjadikan penyakit ini lebih teruk.
sumber : MW April 2010 (Penghidap Ulseratif Kolitis berisiko hidap kanser kolon)
0 comments:
Post a Comment