Gumpalan atau benjolan dalam payudara, Adakah ia kanser?
Terdapat banyak penyebab gumpalan atau benjolan dalam payudara. Ada antara penyebab ini tidak bahaya, sementara ada juga yang sebaliknya dan boleh menyakitkan.
Penyebab gumpalan atau benjolan dalam payudara termasuklah jangkitan, kecederaan, ketumbuhan bukan kanser, dan kanser.
Jangkitan
Jangkitan dalam payudara dikenali sebagai mastitis. Mastitis adalah perkara biasa terhadap wanita yang menyusukan bayi. Apabila kulit putting (areola) tercedera atau merekah, bakteria boleh memasuki luka tersebut dan menyebabkan jangkitan.
Bagi wanita yang menyusukan bayi, satu kawasan keras yang dianggap sebagai duktus susu tersumbat juga boleh terbentuk. Kadangkala, rawatan-rawatan tertentu boleh mencegah kawasan keras yang sakit itu daripada membentuk jangkitan dalam payudara yang sebenar (mastitis). Jangkitan boleh berupa atau kulit pada bahagian payudara kelihatan kemerahan.
Kecederaan
Jika payudara tercedera akibat trauma, pembuluh darah kecil boleh pecah dan menyebabkan pendarahan setempat. Trauma pada payudara boleh merosakkan sel lemak dalam tisu-tisu payudara, satu keadaan yang dikenali sebagai nekrosis lemak. Kecederaan juga boleh membentuk gumpalan atau benjolan yang mengikuti trauma signifikan ini bukanlah kanser.
3 Ketumbuhan bukan kanser
Fibroadenoma adalah ketumbuhan benign (bukan kanser) dan amat biasa. Ketumbuhan ini biasa berlaku pada wanita berumur 30 hingga 35 tahun. Fibroadenoma adalah bentuk tumor pejal, padat yang biasanya tidak menyakitkan. Ia kadangkala tumbuh dengan cepat pada remaja atau semasa hamil.
Sista payudara adalah kantung kecil antara tisu-tisu payudara yang berisi cecair dan benign. Ia amat biasa terutamanya kepada wanita berusia 35 ke atas. Sista ini berbeza dalam saiz semasa kitaran haid dan boleh rasa sakit apabila disentuh.
Perubahan fibrositik boleh dicirikan melalui payudara yang berbenjol tidak sekata. Fibrosistik dalam payudara berlaku kerana payudara wanita teramat sensitif untuk kestabilan tahap hormon.
Gejala-gejala kanser payudara
Gejala-gejala kanser payudara termasuklah gumpalan atau benjolan dalam payudara yang tidak menyakitkan, keluarnya cairan daripada puting payudara, dan keradangan pada kulit payudara.
Kanser payudara biasanya tidak menyebabkan rasa sakit dalam payudara. Walaupun wanita kerap risau mengenai sakit payudara, kebanyakan wanita dengan payudara yang sakit tidak mengalami kanser payudara. Hanya kira-kira enam peratus wanita yang mengidap kanser payudara mengalami rasa sakit pada payudara semasa kali pertama kanser itu dikesan.
Pengeluaran cairan daripada puting payudara yang berlaku tanpa puting disentuh boleh disebabkan oleh ketumbuhan benign (bukan kanser). Keadaan ini juga boleh disebabkan oleh kanser pada tisu-tisu payudara. Oleh itu penilaian daripada doktor diperlukan untuk mengesahkannya.
Perubahan kulit pada payudara, termasuklah kemerahan dan kepanasan, boleh menunjukkan tanda kanser payudara. Satu bentuk kanser pa yudara yang biasanya menyebabkan tanda-tanda keradangan ini adalah penyakit Paget pada payudara.
Kebanyakan keradangan atau ruam pada payudara bukan akibat kanser. Ia boleh disebabkan oleh masalah benign seperti eczema pada puting atau jangkitan kulat. Namun begitu, sebarang ruam pada payudara perlu dinilai oleh doktor. Terutama jika bahagian payudara itu kelihatan merah dan bersisik secara berterusan, atau ada cairan yang keluar daripada puting. Keadaan ini memerlukan satu biopsi perlu dilakukan.
Penentu risiko kanser payudara
Peluang untuk gumpalan atau benjolan tertentu boleh menjadi kanser bergantung pada banyak faktor. Ini termasuklah sejarah perubatan wanita, pemeriksaan fizikal, dan keputusan mammogram dan ultrasound.
Bagaimana wanita boleh memastikan bahawa gumpalan atau benjolan itu bukan kanser? Satu caranya adalah melakukan biopsi atau pengambilan contoh tisu-tisu. Kadangkala ujian Fine Needle Aspiration (FNA) perlu dilakukan.
Melalui ujian ini, jarum dimasukkan dalam kawasan yang disyakit dan cecair dikeluarkan. Tisu-tisu yang disyaki itu akan dikeluarkan melalui jarum tadi. Bagi memastikan kawasan sebenar untuk mendapatkan contoh, FNA boleh dilakukan semasa ultrasound atau mammogram.
FNA sista benign boleh mengeluarkan kandungan cecair dalam sista. Ia boleh menyebabkan gumpalan atau benjolan berkurangan dari segi saiz. Jika cecair tidak boleh dikeluarkan, dan jisim tersebut amat padat, satu pengambilan contoh tisu secara terus perlu dilakukan.
Bergantung pada lokasi dan saiz gumpalan atau benjolan dalam payudara dan sejarah perubatan, doktor boleh juga mencadangkan pembedahan biopsi (menggunakan sama ada anesthesia setempat atau anesthesia keseluruhan dalam bilik pembedahan) untuk mengeluarkan contoh gumpalan atau benjolan untuk dianalisis.
sumber: MW Nov 2011
0 comments:
Post a Comment