'Gula' Cetus 60 Jenis Penyakit - Termasuklah Diabetes

01:42 Unknown 0 Comments

Pada awal tahun 1970-an, gula didapati mempunyai hubung kait dengan kesihatan kardiovaskular. Kajian oleh Pakar Bedah, T.L. Cleave menunjukkan bukti yang meyakinkan peningkatan penyakit kardiovaskular, kencing manis / diabetes  dan penyakit-penyakit lain yang biasa dapat dikesan melalui pertambahan pengambilan gula dan juga karbohidrat bertapis (refined carbohydrate). Penyakit-penyakit ini sebenarnya hampir tidak wujud dalam budaya primitive, sehinggalah kira-kira dua puluh tahun selepas masyarakat mula mengambil karbohidrat bertapis.
Penyelidik British, Dr. John Yudkin juga memberikan kesimpulan yang sama. Dalam bukunya yang bertajuk ‘Sweet and Dangerous’, beliau menamakan banyak contoh dalam pelbagai masyarakat yang menunjukkan bahawa gula adalah punca yang lebih besar kepada masalah penyakit jantung berbanding lemak. Beliau mengambil contoh Masai dan Samburu iaitu suku kaum di Afrika Timur yang hampir tidak mempunyai masalah penyakit jantung langsung walaupun mereka makan makanan yang tinggi lemak!

Pendedahan ini pastinya mengejutkan bukan. Bagaimana gula berupaya mencetus pelbagai penyakit yang tidak kita sedar ini? Ikuti penjelasan daripada Dr. Malinda Mohd Ali, Pakar Perunding di Future Wellness Sdn Bhd.

dr malinda

“Gula sebenarnya tergolong dalam karbohidrat di mana gula yang kita sering gunakan ialah sukrosa padat iaitu sejenis Kristal putih atau gula bertapis, bukan semula jadi yang telah diproses di mana semua nutrisi dan zat telah dibuang. Gula jenis ini tidak mengandungi sebarang zat dan khasiat di dalamnya.”

“Sebelum saya menjelaskan lebih lanjut tentang bagaimana gula ini berupaya menjadi faktor penyebab banyak penyakit, kita perlu ketahui terlebih dahulu jenis-jenis gula yang terdapat dalam makanan dan minuman kita.


1. Gula semula jadi

Gula semula jadi adalah gula yang tidak diproses dan mengandungi kalori yang rendah serta tinggi nutrient. Gula jenis ini tidak member impak besar kepada paras gula dalam darah. Gula semula jadi member kesan baik kepada kesihatan, dengan syarat ia tidak ditapis, diambil bersama makanan lain dan tidak berlebihan.
Gula semula jadi ini termasuklah fruktosa atau dikenali sebagai gula buah yang terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran, maltosa seperti malt barli dan sirap beras perang, glukosa yang boleh ditemui dalam buah, madu dan jagung, laktosa iaitu gula dalam susu dan juga madu yang tidak diproses dan ditapis.
Walaupun gula fruktosa lebih manis daripada gula biasa, namun ia tidak mendatangkan sebarang kesan kepada paras gula dalam darah melainkan jika ia diambil secara berlebihan.

 2. Gula terproses/ bukan semula jadi

Gula bertapis pula merupakan gula daripada sumber tumbuhan yang diproses sehingga hilang semua khasiat vitamin, mineral, asid amino dan sebagainya. Gula bertapis ini didapati digunakan secara meluas dan member kesan buruk kepada kesihatan. Antara jenis gula bertapis ini adalah sukrosa iaitu ‘gula pasir’ yang biasa kita gunakan, light molasses iaitu baki cecair selepas pengekstrakan gula daripada tebu, gula perang dan juga pepejal sirap jagung.

3. Gula buatan yang tidak berkhasiat

Antara gula buatan ini termasuklah Aspartame, Acesulfat K dan Sucralose. Selain itu, terdapat juga ‘gula alkohol’ seperti xylitol yang ditambah dalam ubat gigi untuk mengurangkan pereputan gigi. Gula komersil iaitu gula terproses dan gula buatan menjadi antara faktor penyebab kepada masalah kesihatan. Dan awas! Gula ini tidak datang dalam bentuk ‘gula’, tapi tersembunyi dalam makanan dan minuman ringan, ais krim, gula-gula, makanan-makanan dari kilang termasuklah bijirin sarapan, kek, minuman berperisa dan sebagainya.


Sel tubuh tidak perlukan gula

Tambah Dr. Malinda lagi, gula terproses atau gula pasir merupakan bahan yang tidak diperlukan oleh sel-sel tubuh kita langsung. Ini kerana, ia langsung tidak mempunyai sebarang zat protein, vitamin mahupun mineral yang mampu member manfaat kepada tubuh kita.

“Apabila kita mengambil gula, badan akan mengalami masalah untuk menghadamkan serta menyingkirkan ‘toksik’ tersebut. Hasilnya, ia akan berkumpul dalam badan lalu membentuk asid pyruvic yang boleh mengganggu saraf, sel-sel otak dan juga sel-sel darah merah. Ia juga menyebabkan pernafasan sel-sel terganggu lalu kekurangan oksigan dan memicu kepada kerosakan dan kematian sel.

“Gula yang berlebihan dalam badan akan ditukarkan kepada asid lemak menjadi sel-sel lemak di bahagian viseral (lemak di sekeliling organ) dan di bawah kulit. Kandungan gula yang tinggi dalam darah juga menyebabkan ia menjadi tempat yang sangat sesuai untuk pembiakan bakteria, virus dan juga menggalakkan pertumbuhan sel-sel kanser.

“Sebenarnya badan kita tidak memerlukan gula terproses ini kerana tubuh boleh menukar banyak sumber makanan yang lain kepada glukosa apabila memerlukan tenaga. Antaranya seperti nasi, ikan, daging, sayur-sayuran, buah-buahan, ubi kentang dan lain-lain lagi. Sebaiknya, kita boleh menggantikan gula yang lebih sesuai seperti buah-buahan, gula perang dan stevia, pemanis berasaskan tumbuhan,” ujar Dr. Malinda.


Tip Kawalan Pengambilan Gula
  • Tukar pengambilan gula putih kepada gula perang.
  • Kurangkan makanan atau minuman yang mempunyai tinggi kandungan gula
  • Kurangkan makan makanan yang diproses. Kebanyakan makanan yang diproses mempunyai kandungan gula yang tinggi.
  • Kurangkan jumlah penggunaan gula, susu pekat atau krimer yang ditambah ke dalam kopi.
  • Selalu minta untuk mengurangkan manis atau minta minuman tanpa gula semasa makan atau minum di luar.
  • Baca jumlah kandungan gula pada label makanan.
  • Campurkan separuh air minuman ringan biasa dengan separuh air minuman ringan kurang manis. Lakukan ini selama dua minggu. Selepas itu cuba kurangkan lagi rasa manisnya sehingga anda boleh menyesuaikan diri untuk rasa yang tidak manis.
  • Gantikan makanan seperti biskut dan makanan ringan dengan buah-buahan yang segar.

FAKTA:

DIET kaya gula akan menyebabkan pankreas terpaksa bekerja keras. Ini lama kelamaan akan melemahkannya dan menyebabkan kita diserang diabetes. Lazimnya pesakit akan mengalami komplikasi kardiovaskular yang boleh menyebabkan kematian yang berpunca daripada timbunan gula atau lemak. Ketidakupayaan tubuh menggunakan kesemua lebih lemak atau kolesterol daripada gula menyebabkan ia perlu disimpan.

Jadi lemak akan di deposit dalam hati, jantung, arteri, tisu lemak, buah pinggang, otot dan lain-lain organ. Keadaan ini mendedahkan kita kepada atherosclerosis, hati dan buah pinggang berlemak, sesetengah kanser, obesity dan diabetes. Gula juga menghalang fungsi system imun dan meningkatkan risiko penyakit yang disebabkan system imun yang lemah seperti selesema, demam, AIDS, alahan dan jangkitan.

Sumber: iSIHAT



0 comments: