Fadhilat Bulan Ramadhan

01:30 Unknown 0 Comments

Abul Laits as-Samarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibn Abbas r.a. berkata: Bahawa dia telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:

“Sesungguhnya syurga itu diukup-ukup dan diperhias tiap tahun ketika masuk bulan Ramadhan, maka apabila pada malam pertama Ramadhan datang angin dari bawah Arasy yang bernama al-Mutsirah, maka menggoyangkan daun-daun syurga dan menggerakkan daun pintu sehingga terdengar suara bidadari dari tingkap-tingkap bahagian atas syurga dan berseru:

Siapakah yang meminang kepada Allah untuk dikahwinkan seorang dari kami, kemudian bidadari-bidadari itu bertanya kepada malaikat Ridhwan: Ya Ridhwan, malam apakah ini?

Jawab: Wahai wanita-wanita cantik, ini malam pertama dari bulan Ramadhan.

Kemudian Allah berfirman: Ya Ridhwan, bukalah pintu-pintu syurga untuk orang-orang yang puasa dari umat Muhammad s.a.w. 

dan menyuruh malaikat Malik: Ya Malik tutuplah pintu-pintu neraka jahim dari orang-orang yang puasa dari umat Muhammad s.a.w.

dan berfirman: Ya Jibril turunlah ke bumi dan ikatlah syaitan-syaitan yang jahat dan rantai mereka kemudian buanglah mereka ke dalam laut supaya tidak mengganggu (merosak) puasa umat Muhammad s.a.w..

Dan pada tiap malam Ramadhan, Allah berseru tiga kali:
Siapakah yang minta akan Aku beri permintaannya,
siapakah yang taubat dan Aku terima taubatnya,
siapakah yang minta ampun maka akan Aku ampunkan,


kemudian diserukan:
Siapakah yang akan menabung pada kaya yang tidak pernah miskin,

dan yang selalu menepati yang tidak dhalim,

dan pada tiap hari bulan Ramadhan Allah memerdekakan sejuta ahli neraka yang semuanya layak diseksa,

dan bila pada hari atau malam jumaat pada tiap jam dimerdekakan sejuta orang dari api neraka,

dan bila pada akhir hari Ramadhan Allah memerdekakan pada hari itu sebanyak orang yang dimerdekakan dari pertama hingga akhir Ramadhan.

Dan pada malam lailatul qadar Allah menyuruh malaikat Jibril dengan kumpulan para malaikat turun ke bumi dengan membawa panji hijau yang diletakkan di atas Kaabah,

dan ia mempunyai enam ratus sayap, di antaranya dua sayap yang tidak dihampar kecuali pada malam lailatul qadar, maka dihampar sehingga meliputi hujung timur hingga hujung barat.

Lalu malaikat Jibril mengutus malaikat pergi kepada umat Muhammad untuk memberi salam pada tiap orang yang sedang berdiri atau duduk, sembahyang atau berzikir dan menjabat tangan mereka serta mengaminkan doa mereka sehingga terbit fajar.

Apabila telah terbit fajar maka Jibril berseru: Hai para malaikat segera kembali, kembali, lalu malaikat bertanya: Bagaimana mengenai hajat kaum mukminin dari umat Muhammad s.a.w.?

Jawab Jibril: Allah melihat empat macam:
1. Pemabuk (peminum khamar).
2. Penderhaka kepada kedua ayah bundanya (bapa, ibunya).
3. Memutus hubungan keluarga.
4. Orang yang memboikot, tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari tiga hari.

Dan apabila tiba malam idhul fitri itu bernama malam pembahagian hadiah, maka pada pagi harinya diutus malaikat berdiri di perempatan jalan sambil berseru dengan suara yang lantang dapat didengar oleh segala sesuatu kecuali jin dan manusia:

Hai umat Muhammad keluarlah kamu kepada Tuhan yang pemurah, memberi yang besar dan pengampunan dosa-dosa besar, maka bila mereka telah keluar ke surau,

Allah berfirman kepada malaikat: Hai malaikat-Ku apakah upah buruh bila ia telah selesai pekerjaannya?

Jawab malaikat: Ya Tuhan, upahnya supaya dibayar lunas.

Maka firman Allah: Aku persaksikan kepadamu hai malaikat-Ku bahawa pahala puasa dan bangun malam Ramadhan itu keredhaan-Ku dan ampunan-Ku.

Kemudian Allah berfirman: Mintalah wahai hamba-Ku, maka demi kemuliaan dan kebesaran-Ku tiadalah kamu minta urusan dunia atau ugama melainkan Aki berikan kepadamu”.


url

0 comments: